MISI KPM

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

VISI KPM

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

MOTO SEKOLAH

RAJIN USAHA BERJAYA

COGAN KATA

SKLA DIPERKASA, WARGA DIUTAMA, PENCAPAIAN BUKAN BIASA-BIASA

FALSAFAH SEKOLAH

Murid-murid sekolah ini adalah anak-anak yang telah dijadikan dengan sebaik-baik kejadian serta dikurniakan akal yang sempurna oleh Kholiknya. Akal yang ada padanya adalah sebagai neraca untuk membezakan yang hak dari yang batil. Oleh itu mereka perlu diberikan ilmu, didikan serta bilangan yang sempurna ke arah kecemerlangan ilmu dan akhlak agar mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Guru-guru di sekolah ini adalah sebahagian daripada Khalifah Allah yang mempunyai sifat yang jujur, cerdik, berilmu, berakhlak mulia, mengamalkan kebenaran dan menyampaikan. Dengan ini mereka dipertanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan penuh keikhlasan supaya anak-anak yang dididik mendapat keberkatan dan pendidik mendapat keredhaan Allah.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik SK Leftenan Adnan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:-

Murid
1. Meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum
2. Menitik beratkan keselamatan dan kebajikan
3. Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif
4. Merealisasikan kemenjadian murid yang cemerlang berasaskan SKPMg2

Guru dan Kakitangan
1. Menjamin keselamatan dan menguruskan kebajikan
2. Memberi peluang peningkatan kejayaan dan profesionalisme
3. Menyediakan prasarana yang mencukupi dan selesa
4. Mewujudkan komunikasi berkesan dan mesra

Waris ( Ibu Bapa / Penjaga )
1. Menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa sekolah
2. Memberi perhatian terhadap aduan dan membuat tindakan dalam tempoh 1/3/7 hari
3. Berempati terhadap masalah dan kemusykilan yang dikemukakan
4. Berurusan secara mesra dan berbudi bahasa
5. Memohon sumbangan dan sokongan dari segi moral dan material untuk kemajuan sekolah

KPM
1. Mematuhi dan bertindak mengikut pekeliling
2. Melaporkan kejadian kepada pihak atasan
3. Menjawab surat dan permohonan dengan segera
4. Memberi kerjsama terhadap aktiviti/ program yang dianjurkan oleh PPD/ JPN/ KPM

CARTA ORGANISASI JK PENGURUSAN SEKOLAH

CARTA ORGANISASI JK PENGURUSAN SEKOLAH
No posts.
No posts.